School Papers

Pendidikan telah mengatakan bahawa pengajaran yang berasaskan teknik

Pendidikan
merupakan elemen yang penting dalam pembangunan bangsa dan masyarakat dalam
sesebuah negara. Ini adalah kerana sistem pendidikan yang baik dan sistematik telah melahirkan generasi
muda yang berpengetahuan tinggi serta dilengkapi dengan pelbagai jenis
kemahiran yang berlainan. Menurut penerangan yang diberikan Abdul Rahim Abd. Rashid (2000), pemahaman dan minat
merupakan kekunci utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas. Ini adalah kerana ia dapat menjamin keberkesanan proses penghantaran
informasi daripada guru kepada murid.

 

Corak pengajaran
yang diaplikasikan oleh guru adalah cukup penting untuk menjejaskan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran 
di dalam kelas. Salah satu kaedah pengajaran yang sesuai dan dicadangkan
oleh Abdul Rahim Abd. Rashid (2000) telah diaplikasikan di dalam kelas
terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran Matematik ialah pendekatan
pembelajaran berasaskan VAKT. Beliau juga mengatakan bahawa teknik VAKT merupakan
suatu pendekatan pengajaran yang berasaskan empat elemen yang utama iaitu
penglihatan (Visual), pendengaran (Audio), pergerakan (Kinesthetic) dan
sentuhan (tactile). Keterangan ini

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

1

turut dipersetujui
oleh Boon Poon Ying (2008)  dan beliau telah mengatakan bahawa

pengajaran yang
berasaskan teknik VAKT  adalah bertujuan
untuk mempertingkatkan minat murid serta pemahaman mereka dalam sesi pengajaran
di dalam kelas.

 

Menurut salah
seorang pakar pendidikan iaitu Abd. Rahim Abd Rashid (2010), teknik VAKT boleh ditakrifkan
sebagai sejenis kaedah pengajaran yang menggunakan prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran di mana
rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif telah mengukuhkan pembelajaran. Secara langsung, pendekatan pembelajaran yang berasaskan VAKT ini juga
telah memainkan peranan yang penting dalam aspek melibatkan murid secara aktif
dalam seluruh proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya,
murid boleh merasai alat bantuan pengajaran dengan menggunakan deria seperti
sentuhan dan penglihatan.

 

Pada masa yang sama, Abd.Rahman Aroff ( 2010) juga berpendapat bahawa
pembelajaran berasaskan teknik VAKT juga merupakan antara faktor yang utama
untuk mengelakkan murid berasa bosan semasa proses pembelajaran mata pelajaran
seperti Sains dan Matematik dijalankan. Teknik VAKT dapat menarik minat murid
untuk belajar.

 

 

 

 

      

 

2

1.1             
PERNYATAAN  MASALAH  KAJIAN

Secara lazimnya,
kemahiran mengira merupakan salah satu elemen yang begitu penting dan
ditekankan dalam metodologi pengajaran pada hari ini. Ini adalah kerana ilmu
pengetahuan dalam Matematik seperti topik wang dalam sekolah rendah merupakan
kemahiran yang sangat penting di mana perlulah dikuasai oleh seseorang individu
dalam kehidupan harian. Terdapat pelbagai jenis kaedah pembelajaran yang boleh
digunakan untuk mengajar mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah.

           

Penyediaan
pelbagai jenis aktiviti yang berkaitan di dalam kelas adalah penting untuk
menarik perhatian murid di dalam kelas supaya terus memberikan perhatian di
dalam kelas. Ini adalah kerana murid-murid pada masa sekarang gagal memberikan
tumpuan yang baik sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Keadaan menjadi
lebih serious pada 30 minit selepas kelas bermula. Konsentrasi murid-murid mula
telah menurun. Sehubungan dengan itu, prestasi akademik murid terutamanya dalam
mata pelajaran Matematik akan terjejas. Secara langsung, ia juga telah
memberikan impak terhadap penguasaan kemahiran mengira dan Matematik di
peringkat sekolah menengah.Ia merupakan suatu masalah yang serious dan
perlulah  mendapatkan penyelesaian yang
sewajarnya sejak peringkat sekolah rendah tersebut.

           

Sebelum pengenalan kepada pendekatan teknik VAKT,
pendekatan pengajaran tradisional adalah digunakan di sekolah kajian ini.
Menurut Bloom (1980), pengajaran tradisional
merupakan cara pengajaran yang berpusatkan guru dan murid hanya mendengar
sahaja. Dalam proses pengajaran ini, tiada alat bantuan digunakan dan kebanyakkan
guru akan mengajar di depan kelas sahaja. Murid-murid tidak mengambil

3

bahagian secara aktif di dalam kelas. Ini telah menyebabkan seluruh
proses pembelajaran dan
pengajaran menjadi sangat bosan dan
tidak menarik. Akan tetapi, proses pengajaran yang berdasarkan teknik
VAKT merupakan satu kaedah pembelajaran yang lebih berfokus terhadap penguasaan
objektif pembelajaran kalangan muridd. Dalam teknik yang baru ini, semua murid diberikan
peluang untuk mendedahkan diri terhadap empat proses yang penting dalam
pembelajaran. Keempat- empat empat proses yang dimaksudkan adalah termasuklah  penglihatan (Visual), pendengaran (Audio),
pergerakan (Kinesthetic) dan sentuhan (tactile)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4

1.2             
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif  umum 
ialah mengenalpasti keberkesanan teknik VAKT dalam meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Matematik murid-murid murid Tahap 2 di Daerah Kanowit

 

Secara
keseluruhannya, kajian yang dilakukan ini adalah untuk mencapai objektif-objektif
 khusus yang berikut:

 

a.       Mengenalpasti perbezaan signifikan dari
min skor persepsi murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Matematik antara
kumpulan murid yang mengikut teknik VAKT dengan kumpulan yang mengikut
pembelajaran tradisional.

 

b.      Mengenalpasti perbezaan signifikan dari
segi min skor pencapaian murid – murid dalam mata pelajaran Matematik antara
kumpulan yang mengikuti kaedah VAKT dengan murid – murid yang mengikut
pembelajaran tradisional

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5

1.3             
PERSOALAN  KAJIAN

Sejajar dengan
objektif kajian yang telah ditetapkan, tiga soalan kajian yang utama juga telah
ditetapkan dan seperti yang disenaraikan berikut:

Adakah terdapat
perbezaan signifikan dari min skor persepsi murid terhadap mata pelajaran
matematik antara kumpulan murid yang mengikuti teknik VAKT  dengan kumpulan yang mengikuti
pembelajaran tradisional?

 

b.     
Adakah terdapat perbezaan signifikan dari segi min skor pencapaian
murid-murid dalam matapelajaran matematik antara murd-murid yang mengikuti
kaedah VAKT dengan murid-murid yang mengikuti pembelajaran tradisional?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6

1.4             
HIPOTESIS  KAJIAN

Lazimnya,
hipotesis kajian juga telah ditentukan dan disenaraikan seperti di bawah
sebelum menjalankan proses kajian tersebut. Untuk tujuan itu, hipotesis nol  yang dijangka oleh pengkaji:

H01: Tiada perbezaan signifikan dari min skor persepsi murid terhadap
mata pelajaran matematik antara kumpulan murid yang mengikuti teknik
VAKT  dengan kumpulan yang mengikuti
pembelajaran tradisional.

 

H02: Tiada  perbezaan
signifikan dari segi  min skor
pencapaian  murid-murid dalam
matapelajaran matematik antara murd-murid yang mengikuti kaedah VAKT
dengan murid-murid yang mengikuti pembelajaran tradisional.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7

1.5             
KEPENTINGAN  KAJIAN

Sesungguhnya,
kajian yang telah dilakukan ini adalah sangat penting untuk mempertingkatkan
keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Matematik di
peringkat sekolah rendah terutamanya dalam kalangan murid- murid Tahap 2 di
Daerah Kanowit. Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran ini telah
dinilai dari segi tahap penguasaan murid serta pencapaian objektif pembelajaran
dan minat murid dalam mata pelajaran Matematik ini.

 

(A) Pengkaji

Untuk pengkaji,
hasil kajian ini adalah cukup penting untuk menilai keberkesanan proses
pengajaran yang berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan teknik VAKT
dalam mata pelajaran Matematik di kalangan murid Tahap 2 di Daerah Kanowit. Ia juga
dapat menilai sejauh mana pencapaian objektif pembelajaran tercapai. Pada masa
yang sama, pengkaji telah menggunakan keputusan kajian ini sebagai rujukan
untuk meningkatkan tahap kualiti dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran  untuk mata pelajaran
Matematik di masa hadapan.

 

(B)   Guru Matematik

Pada masa yang
sama, dapatan kajian ini juga telah dijadikan sebagai sebagai panduan yang
berguna kepada guru Matematik yang lain di sekolah. Hasil kajian ini telah memberikan
panduan kepada semua guru yang mengajar Matematik supaya dapat
mengimplementasikan unsur-unsur kreativiti seperti yang ditekankan dalam
pendekatan pembelajaran berasaskan VAKT di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata

 

8

pelajaran
Matematik di dalam kelas. Oleh itu, keberkesanan proses pembelajaran dan
pengajaran guru Matematik ini dapat dipertingkatkan.

 

1.6             
BATASAN  KAJIAN

Kajian ini
dihadkan kepada pembelajaran murid yang melibatkan murid- murid di peringkat
Tahap 2 sahaja.  Sampel kajian ini
terbatas kepada murid di tiga buah sekolah rendah di kawasan daerah Kanowit dan
hasilnya cuma melibatkan 60 orang murid sahaja. Maka, sampel kajian yang
digunakan mungkin tidak cukup banyak untuk memberikan generasi yang baik.

 

Kajian dijalankan ini
adalah di sekolah kawasan Kanowit sahaja di mana ia tidak dapat mencerminkan
keadan sebenar untuk semua murid sekolah rendah (Tahap 2) dalam proses
pembelajaran untuk mata pelajaran Matematik tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9

1.7             
DEFINISI  OPERASIONAL

Untuk memastikan
kajian yang dijalankan lebih difahami oleh semua pihak, pelbagai istilah yang
berkenaan telah dijelaskan dalam bahagian ini.

 

(A) Keberkesanan

Menurut tafsiran
daripada Kamus Dewan (2012),  keberkesanan adalah merujuk kepada perubahan dalam
sesuatu tindakan. Keberkesanan dalam kajian ini membawa perubahan sikap dan
pemahaman serta pencapaian objektif murid. 
Menurut Boon Poon Ying (2008)
keberkesanan sesuatu kurikulum dapat dinilai berdasarkan objektif pendidikan,
metodologi yang diguna, berasaskan falsafah pendidikan supaya dapat membawa perubahan
kepada pelajar dalam pembelajaran.

 

(B) 
Pembelajaran

Menurut takrifan
daripada Carlson (2017),  proses pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan
tingkahlaku individu yang dihasilkan oleh pengalaman dan alam sekitarnya.  Pada masa yang sama, Abdul Rahim Abd. Rashid
(2010) telah menjelaskan pembelajaran sebagai satu proses di mana seseorang
murid atau individu memperolehi maklumat serta kemahiran baru yang telah digunakan
di masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

10

(C) 
Pemahaman

Tafsiran yang
diberikan oleh Kamus Dewan (2012) telah menyatakan bahawa istilah pemahaman
adalah merujuk kepada kecekapan atau keupayaan yang dicapai dalam sesuatu
bidang.  Pemahaman dalam kajian ini boleh
dirujuk kepada skor gred yang dicapai oleh murid dalam ujian pra dan ujian pos.

 

(D)   Persepsi

Menurut Rohani
Nasir (1981)
persepsi telah wujud apabila sedar tentang kecenderungan terhadap pembelajaran
Matematik. Ia juga boleh bermaksud tahap kecenderungan seseorang individu dalam
pembelajaran Matematik tanpa paksaan daripada mana-mana pihak luar.

 

(E) 
Pencapaian

Hasan Hamzah (1997) telah menjelaskan bahawa pencapaian
adalah apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperolehi).  Dalam kajian ini pencapaian murid merujuk
kepada markah ujian dalam mata pelajaran Matematik.

 

(F) Teknik Pengajaran VAKT

Boon Poon Ying
(2008) telah  mengatakan bahawa teknik
VAKT merupakan suatu teknik pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan empat
proses yang utama iaitu penglihatan (Visual), pendengaran (Audio), pergerakan
(Kinesthetic) dan sentuhan (tactile).

 

 

11

1.9       RUMUSAN

Secara
kesimpulannya, proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah bukanlan sesuatu
perkara yang mudah. Kebanyakan murid adalah gagal untuk mengimaginasikan konsep
Matematik yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, Kurikulum
pendidikan Matematik sangat mementingkan perlibatan murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Untuk itu, salah satu kaedah
pengajaran yang mana berdasarkan VAKT telah dipilih untuk mengkaji
keberkesanannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran
Matematik untuk murid- murid Tahap 2 di kawasan Kanowit.

x

Hi!
I'm Rhonda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out